Wednesday, August 4, 2010

Pengenalan Dasar-Dasar Awam




Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama, kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Perpaduan kaum merupakan matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial, politik. Melalui perpaduan kaum yang kukuh tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju. Penjajahan telah membentuk kaum-kaum yang berbeza bukan sahaja dari segi kebudayaan, agama, peringkat sosioekonomi malah membahagikan tempat tinggal mengikut kelompok kaum tersebut. Aspek-aspek ini boleh menjadi penghalang untuk mencapai perpaduan. Jadi dasar adalah satu nilai yang perlu dicapai, dan amalan yang perlu dilakukan bagi mereliasasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum di Malaya.

Negara ialah pusat kehidupan penduduk yang dapat ditinjau dari aspek sosial, politik, mahupun ekonomi. Dalam Kamus Edisi Keempat, negara didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan segala yang berkaitan dengan negara di bawah undang-undang dan kuasa pemerintahan. negara selalu dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, sesebuah negara mempunyai ciri-ciri seperti sempadan atau wilayah yang tertentu dan jelas, penduduk yang bermastautin, pemerintah dan juga terdapat kedaulatan. Berpandukan ciri-ciri tersebut, sesebuah negara itu wujud dan diakui oleh negara lain.

Dasar-dasar kerajaan adalah untuk mencorakkan kehidupan rakyat sesebuah negara. Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa. Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah iatu Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Malaysia adalah merupakan negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa dan keturunan, menganuti pelbagai fahaman agama dan mempraktikkan pelbagai budaya dan konteks sebuah negara persekutuan. Dasar merupakan suatu yang penting dalam sisitem pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara. Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.

Dasar negara adalah merupakan garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang. Walaubagaimanapun, minat seseorang terhadap perkara ini berbeza. Ada yang terlibat dalam pengubalan dasar dan ada yang berfungsi sebagai pelaksana. Tujuan dasar-dasar negara adalah bagi membantu negara mencapai matlamat keselamatan negara. Selain itu, kepentingan perpaduan dan kestabilan negara adalah bagi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi rakyat juga masyarakat. Oleh itu, perpaduan negara akan menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial dalam kalangan penduduk negara ini seterusnya akan menjadi faktor penting kepada pembangunan dan kemajuan negara.
Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikkannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciri dan keperluan semasa negara. Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan perutukan-perutukan perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. Matlamat untuk menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatupadu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil dengan mempunyai keunikan tersendiri. Pembangunan adalah sesuatu yang abstrak dan terlalu luas untuk dibincangkan. Dalam konteks Negara, aspek pembangunan akan melihat beberapa perkara yang penting. Oleh itu Malaysia perlu mempunyai dasar yang bukan sahaja dapat mengembleng sumber-sumber tetapi boleh mengurangkan jurang perbezaan antara kaum bagi memantapkan perpaduan dan integrasi nasional






Dalam pada itu, jurang perkauman tetap wujud dan fenomena ini adalah dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang sememangnya telah dijangkakan oleh banyak pihak apabila membuat analisa terhadap peristiwa tersebut. Sehubungan dengan peristiwa berdarah itu, bermulalah rentetan-rentetan dasar kerajaan yang bertujuan untuk memperbaiki mutu kehidupan masyarakat, menyeimbangkan kekayaan ekonomi dan mewujudkan keadilan sosial. Pengenalan Dasar Ekonomi Baru sekurang-kurangnya telah merapatkan jurang ekonomi antara kaum walaupun tidak mencapai matlamat sepenuhnya. DKK dan DKN juga telah mencetuskan aspirasi perpaduan dalam kalangan rakyat walaupun tidak ke peringkat akar umbi. Pengenalan dasar-dasar kerajaan yang lain juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran sosial dalam membentuk keadilan sosial sesuai dengan cabaran-cabaran kemajuan negara.

Hari ini, Malaysia telah berubah menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi dan kejayaan itu dicapai kerana hasil sumbangan daripada setiap kaum di negara ini. Di bawah gagasan satu Malaysia, pentingnya kerjasama daripada semua kaum tanpa perlu mempertikaikan hak masing-masing bagi memastikan negara terus maju. Kerakyatan sesuatu kaum itu tidak boleh ditarik balik kerana ia dipertahankan mengikut Perlembagaan dan Rukun Negara. Sehubungan itu soal kerakyatan sesuatu kaum juga tidak perlu dipertikaikan sembarangan memandangkan seluruh rakyat di negara ini adalah rakyat Malaysia mengikut peruntukan Perlembagaan dan Dasar kerajaan


Dasar Awam Malaysia

Pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan selaraas dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Disebabkan ssifatnya yang dinamik, dasar awam sentiasa berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan pucuk kepimpinan dari semasa ke semasa. Namun demikian pada asasnya dasar-dasar awam adalah digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan , kestabilan dan kebajikan.

Bagi Malaysia, dasar-dasar awam ini mempunyai objektifnya yang khusus:

i) Pencapaian matlamat wawasan 2020
ii) Pencapaian matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
iii) Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil
iv) Kedaulatan dan ketahanan negara

Berdasarkan objektif diatas, beberapa dasar dasar pembangunan telah digubal dan dilaksanakan. Jika dahulunya dasar-dasar tersebut adalah berteraskan DEB sebagai dasar induk, dasar itu sekarang seharusnya berasaskan Wawasan 2020 dan DPN. Walaupun prinsip asas dasar-dasar berkenaan mungkin kekal sebagaimana asalnya. Pendekatan dan strategi pelaksanaan dasar-dasar itu perlu mengalami perubahan bersesuaian dengan hasrat dasar induk baru. Halacara dan pendekatan bagi mencapai matlamat pembangunan, ketahanan negara dan kestabilan yang berterusan tidak dapat ditelah dan dipilih dengan mudah dan tepat. oleh yang demikian semakan sentiasa dibuat secara berterusan terhadap strategi dan pendekatan semasa yang berlaku dan perubahan-perubahan dalaman dan luaran dari semasa ke semasa.

Kejayaan sesuatu dasar kerajaaan atau sebaliknya adalah bergantung kepada pelaksanaan yang cekap dan berkesan. Persekitaran politik dan ekonomi baik di dalam mahupun di luar negeri yang merupakan faktor yang penting. Dasar negara akan dapat dilaksanakan sepenuhnya jika pegawai kerajaan di pelbagai peringkat yang merupakan pelaksana penting faham dan menghayati terhadap dasar-dasar ini. Asppek sebegini y7ang perlu diberi penekanan kerana pemahaman yang tepat sebagaimana yang dihasratkan oleh pengubal dasar akan menjadikan mereka lebih komitmen dalam melaksanakan dasar bagi mencapai kesan yang dikehendaki.

0 comments:

Term of Use

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kerosakan kepada komputer yang berlaku semasa anda melayari blog ini. Untuk makluman anda artikel yang dimuatkan adalah adalah diambil dari pelbagai sumber dan pemilik-pemilik blog lain serta hasil tulisan penulis-penulis buku yang berkaitan. Penulis terlebih dahulu memohon ampun dan maaf sekiranya artikel atau penulisan yang kurang lengkap dan tidak dapat memuaskan hati para pelawat. Ribuan terima kasih ke atas pemilik blog lain yang mana artikel anda juga telah dipetik untuk dimuatkan di dalam blog ini. Adalah diharapkan agar segala maklumat dan penulisan dapat dikongsi dan disebar luas.